[RASMI] : Tarikh & Jumlah Bayaran i-Citra KWSP Bermula November 2021


Pasti ramai diantara anda semua yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran i-Citra bulan ketiga akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. Untuk makluman, ianya sama seperti i-Sinar yang mana bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing. 


Oleh itu, kami dari pasukan Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi i-Citra tahun 2021. 


TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bagi bulan November akan bermula pada 01 November 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1-3 hari bekerja dan bergantung kepada prosuder bank. 


JADUAL BULANAN PEMBAYARAN i-CITRA

Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti yang berikut: 

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian 'Monthly Recurring Start Payment Date' di i-Akaun KWSP. 

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 02 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 02 September, Oktober juga pada 02 hari bulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • Sebelum akhir bulan berkenaan. 

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran. 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS i-CITRA

Semakan i-Citra boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra ataupun melalui i-Akaun. 

Cara buat semakan melalui laman web i-Citra: 
  • Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/ 
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan. 

Cara buat semakan pembayaran melalui laman web i-Akaun:
  • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan. 
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah ini


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook Rasmi KWSP - DI SINI


Post a Comment

0 Comments