[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM150 Untuk Golongan Keluarga B40

Melalui pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan antara bantuan tersebut ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP). 


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 adalah merupakan satu inisiatif dalam membantu keluarga yang susah untuk memulakan persekolahan anak mereka. Melalui pembentangan bajet tersebut, pihak kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM450 juta untuk diperuntukkan bagi tujuan program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak. 


Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan. 


SYARAT KELAYAKAN


Untuk makluman, pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan pada kritirea-kritirea seperti berikut: 

  • Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);
  • Murid tahun 1 hingga tingakatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

CARA MEMOHON

Cara melakukan permohonan bagi bantuan BAP ini adalah seperti yang berikut:
  • Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang. 

KADAR BANTUAN

Jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak RM150.00, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 pada tahun sebelumnya. 

Murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.

KAEDAH BAYARAN

Untuk makluman, Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - klik DI SINI 

ATAU

Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan info lebih lanjut.

Post a Comment

0 Comments