e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Polis & Semakan Panggilan Ujian Temuduga


Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) bermula 02 November 2021 hingga 04 Disember 2021. 


Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan: 


i) Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) : Tarikh iklan pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021.

ii) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : Tarikh iklan pada 02 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021.


Calon dikehendaki untuk 'Log In' dan klik di 'Semak Status Permohonan' dan kemudian klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam sistem e-Pengambilan PDRM. 


Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal. 


Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Contoh permohonan tidak lengkap adalah seperti tidak mengisi maklumat pendidikan dengan lengkap, contohnya tidak mengisi maklumat SPM dan PMR/PT3. 


Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM. 


CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan klik di 'Semak Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM. 


Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal. 


CARA PERMOHONAN ONLINE MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM

ePengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. 


Melalui laman web ini juga, pemohon boleh melakukan semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan lebih cepat dan mudah. 


Berikut dikongsikan cara melakukan permohonan dan semakan status permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx



SEMAK STATUS PANGGILAN MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan. 

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx 
  2. Masukkan No.KP dan klik pada butang Semak. 
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut. 

CARA MENDAFTAR

Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut: 
  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran. 
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah
  3. Tunggu dan semak emel anda untuk mengaktifkan akaun. 
  4. Sekiranya tiada emel diterima, buka semula laman e-Pengambilan dan klik pada pautan [Tidak terima e-mel pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada emel diterima untuk kata laluan baru, klik pada pautan [Tidak terima emel pemulihan kata laluan]. 


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ 



Post a Comment

0 Comments