[RASMI]: Perdana Menteri Umum Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat Malaysia





Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah melancarkan Bakul Prihatin Negara untuk rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata usaha ini sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan Bakul Prihatin Negara iaitu merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kerajaan terus mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan dengan melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik yang berkonsepkan 'Whole of Society' yang melibatkan pihak kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia dan maklumat yang lebih lanjut.

APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Bakul Prihatin Negara adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Bakul Prihatin Negara ini mengandungi barang-barang keperluan asas seperti berikut:
  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi
Semua keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID-19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.

CARA MEMOHON

Kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik ini dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini boleh mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.
  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  • Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau,
  • Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menerima laporan anda dan seterusnya menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

Muat Turun Borang Di Bawah :

1. Lampiran A - Borang Permohonan
2. Lampiran B - Akuan Penerimaan Bakul Prihatin



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang https://www.jkm.gov.my

Post a Comment

0 Comments