Semakan Permohonan Rayuan BPR Dibuka Bermula Ogos 2021



Berita baik buat anda semua kerana semakan permohonan rayuan BPR Fasa 2 kini boleh disemak bermula pada bulan Ogos 2021 ini. Untuk makluman, tarikh permohonan rasmi untuk rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua ini ialah pada 15 Jun hingga 30 Jun 2021. 


Berikut adalah merupakan maklumat penuh berkaitan dengan jumlah bantuan yang akan anda terima berserta semakan permohonan rayuan bpr secara online. Semoga bermanfaat. 


TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021


Kepada individu yang telah membuat permohonan rayuan akan boleh memperolehi keputusan semakan status permohonan dalam bulan Ogos 2021 ini. 


JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA


Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 - RM5,000
  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200



CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR OGOS 2021

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:
  • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  • Tekan butang "Semak Status"
  • Status bayaran / permohonan akan dipaparkan

SEBAB RAYUAN BPR FASA 2 TIDAK LULUS 

Berikut adalah merupakan antara sebab & alasan kenapa BPR Fasa 2 anda TIDAK LULUS:
  • 05 - Perlu pengesahan pada maklumat pengenalan pasangan anda. 
  • 12 - Pemohon adalah pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti terhad
  • 36 - Pemohon atau pasangan anda merupakan penerima GKP
  • 31 - Perlu pengesahan status perkahwinan. 
  • 39 - Pendapatan isi rumah anda melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Post a Comment

0 Comments