[RASMI] : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Sepanjang Bulan Ogos 2021 Untuk Golongan B40 Seluruh Malaysia



Memang tidak dapat dinafikan bahawa sangat ramai masyarakat yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menyebabkan ramai orang tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti selalu. Pasti ramai antara anda semua adalah merupakan individu yang terkesan dan sedang menantikan pemberian bantuan daripada pihak kerajaan bukan? 


Untuk makluman, pihak kerajaan tidak pernah pun sisihkan rakyat dalam usaha menangani wabak Covid-19. Pelbagai bantuan telah pun diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi semua golongan tanpa ada yang tersisih. Bantuan apa yang akan anda terima dan disalurkan pada bulan Ogos 2021 ini? 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui senarai penuh bantuan kerajaan yang akan disalurkan pada bulan Ogos ini untuk semua golongan rakyat di Malaysia. 


SENARAI PENUH BANTUAN KERAJAAN BULAN OGOS 2021


Bantuan Khas Covid-19 (BKC)


Untuk pengetahuan anda, ramai yang terkesan melibatkan golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 akan menerima bantuan tunai secara berperingkat. Peringkat pertama adalah bermula pada bulan Ogos 2021. Kelayakan adalah berdasarkan data-data dalam sistem BPR 2021 seperti berikut:

Miskin Tegar 

  • Isi Rumah : RM500
  • Bujang : RM200

Kategori B40
  • Isi Rumah : RM500
  • Bujang : RM200

Kategori M40
  • Isi Rumah : RM250
  • Bujang : RM100

Anda boleh semak tarikh dan kadar bayaran penuh bantuan setiap golongan di sini:

i-Citra KWSP


Permohonan bagi i-Citra telah pun dibuka bermula pada 12 Julai 2021 yang lalu. Pihak KWSP telah pun meluluskan permohonan bagi ahli yang sudah memohon. Seperti dimaklumkan, ahli yang telah diluluskan akan menerima bayaran pertama i-Citra bermula pada 02 Ogos 2021. 

Bayaran pertama yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah permohonan pengeluaran masing-masing. Berapa yang anda terima? Anda boleh lakukan semakan di sini: 

Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia


Untuk makluman, program PRIHATIN kasih adalah merupakan sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar dan b40 melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad. Ingin tahu sama ada anda layak ataupun tidak? Anda boleh lakukan semakan di sini: 

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan


Pasti ramai daripada anda yang tidak mengetahui bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan kanak-kanak sehingga RM1,000 sebulan bagi isi rumah yang tidak berkemampuan dan mempunyai anak. Permohonan bantuan adalah dibuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara online. Bantuan diberikan seperti berikut:
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang. 
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang. 
  • Maksimum RM1,000 setiap keluarga setiap bulan. 

Untuk mengetahui cara memohon bantuan kanak-kanak boleh rujuk di sini: 

Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia


Melalui inisaitif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan para majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat daripada wabak Covid-19 ini agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan golongan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 

Untuk makluman, melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini pihak kerajaan akan menampung: 
  • 500 pekerja setiap majikan
  • Kadar bayaran RM600 setiap pekerja. 
  • Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti. 

Untuk mengetahui cara memohon bantuan RM600 ini anda boleh rujuk pada link di bawah ini: 
Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai untuk meringankan beban yang mereka hadapi pada waktu pandemik Covid-19 ketika ini. Semoga bermanfaat. 



Post a Comment

0 Comments