Cara Tukar Nombor Telefon TAC Maybank


Bagi anda yang selalu menggunakan online banking, anda mesti tahu bahawa nombor TAC adalah penting dalam pengesahan setiap transaksi. Lebih-lebih lagi jika nombor yang telah didaftarkan telah luput dan tidak dapat digunakan, maka setiap transaksi yang dilakukan tidak berjaya.

Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda cara-cara untuk tukar nombor telefon untuk kegunaan TAC.


Apa Itu TAC?

TAC adalah singkatan bagi "Transaction Authorisation Code" atau Kod Pengaktifan Transaksi yang merupakan kod yang akan digunakan untuk mengesahkan transaksi melalui telefon atau peranti lain dengan SMS yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.


Cara Tukar Nombor Telefon Di Maybank

Untuk pengetahuan anda, sebarang penukaran nombor telefon hanya boleh dilakukan melalui kaunter sahaja. 

Caranya dengan:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank
  2. Lengkapkan borang permohonan kemas kini / ubah nombor telefon TAC
  3. Kakitangan Maybank akan mendaftarkan nombor telefon anda yang baru.


Namun begitu, dikongsikan juga cara untuk mengemaskini nombor telefon melalui mesin ATM:

  1. Pertama sekali pergi ke mesin ATM Maybank dan masukkan kad beserta pin.


  1. Kemudian klik pada Maybank2u / Phone Banking / ATM SMS Alerts


  1. Setelah itu, anda hanya perlu masukkan nombor telefon yang baharu untuk kemaskini no TAC di ruangan yang disediakan dan klik YA.


Secure2u Bagi Menggantikan SMS TAC?

Maybank sebelum ini telah mengumumkan bahawa tiada lagi SMS TAC akan dihantar ke telefon pengguna untuk transaksi Maybank2u sebaliknya diganti dengan cara Secure2U, iaitu kaedah pengesahan yang lebih canggih dan mudah.

Bermula 15 Mac 2021, pengguna Maybank2u diminta untuk menggunakan Secure2u untuk transaksi melibatkan pembayaran bil dan transaksi IBG. Hal ini kerana langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelanggan dengan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik.

Dengan adanya Secure2u, transaksi yang dilakukan adalah lebih selamat dan mudah dengan menggunakan Secure Verification (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC yang dihasilkan melalui aplikasi Maybank2u.

Secure Verification membolehkan pengguna Maybank2u untuk menolak atau menerima transaksi yang dilakukan setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dimaklumkan.

Manakala Secure TAC membolehkan pengguna untuk meluluskan transaksi dalam talian dengan memasukkan nombor TAC daripada aplikasi.\

Sekiranya pengguna telah mendaftar Secure2u, maka setiap transaksi akan disahkan melalui Secure2u


SUMBER: maybank, lokmanamirul, mstar

Post a Comment

0 Comments