Cara Membuat Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Kepada Individu Bekerja Sendiri / Suri Rumah

 


i-Saraan KWSP


Insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksima sebanyak RM250 setahun.


Manfaat i-Saraan KWSP

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri. 
  • Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  • Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM250 setahun.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500 tertakluk terma dan syarat KWSP.


Senarai Golongan Yang Bekerja Sendiri


Di bawah merupakan senarai mereka yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :

1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
2. Pengasuh bayi
3. Ejen insurans dan hartanah
4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan, deejay)
5. Pemilik perniagaan dalam talian
6. Pemilik perniagaan
7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
8. Suri rumah
9. Pekerja berpencen


Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Indidvidu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  3. Pencarum KWSP
  4. Berumur 55 tahun ke bawah

Cara Memohon i-Saraan KWSP


Kepada yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan bersama dokumen di bawah : 
  • Kad Pengenalan
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran)  
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran - Tiada had
  • Maksimum pembayaran - RM60,000 setahun untuk semua pencarum

Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan i-Saraan KWSP. Semoga maju jaya!


Sumber : Mingguan Jawatan

Post a Comment

0 Comments