Maybank2u: Cara Daftar Dan Semak Baki Bank Online


Maybank merupakan bank pertama yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet pada tahun 2000. Dengan adanya perbankan internet ini, Maybank telah dinobatkan sebagai Bank Digital Pengguna Terbaik Dunia di Malaysia dan Indonesia untuk pemenang Pusingan Pertama Anugerah Bank-Bank Pengguna Terbaik Dunia 2020 di Asia-Pasifik oleh majalah Global Finance.

Melalui Maybank2u, Maybank telah mencetuskan kejayaan dalam bidang teknologi yang membolehkan pelanggan mengendalikan pelbagai perkhidmatan. Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda cara-cara mendaftar Maybank2u dan semak baki bank online.


Cara Buka Akaun Bank Maybank

Untuk membuka akaun bank Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank yang berdekatan dengan membawa kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Maybank dari semasa ke semasa. Minimun untuk membuka akaun adalah RM250 bagi "Savings Account-i" dan minimum yang perlu disimpan dalam akaun bank adalah RM1.


Cara Buka Akaun Online Maybank2u

Pertama sekali, anda perlu ke mesin ATM Maybank untuk mendaftar nombor telefon anda dan 6 digit PIN (bagi pengguna baru) untuk digunakan bagi mendaftar Maybank2u

Setelah itu, layari Maybank2u di www.maybank2u.com.my

Klik pada REGISTER NOW



Isikan nombor yang tertera pada kad debit/kredit berserta 6 digit PIN kad debit/kredit anda. Kemudian klik "I AGREE WITH THE TERMS & CONDITIONS"  dan klik "CONTINUE"



Kemudian, isikan Username, kata laluan dan alamat emel terkini. Setelah itu, kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan bagi tujuan pengesahan.



Setkan profil anda dengan pilih gambar dengan tema yang diinginkan.

Seterusnya, tetapkan "Security Phrase" dan "Soalan Pilihan" bagi rujukan pada masa hadapan.



Dan Selesai. Kini anda boleh gunakan Maybank2u untuk menyemak baki bank, membuat pindahan wang, bayar bil dan bermacam-macam lagi.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Maybank Careline pada talian berikut 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Luar Negara)

Post a Comment

0 Comments