Bantuan RM1,200 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia 2021


Berita baik untuk bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan iBITA oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

iBITA merupakan sebuah Sistem Bantuan Atas Talian Pendaftaran Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 


Tempoh Permohonan

Permohonan bantuan iBITA ini akan dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2021.





Syarat Permohonan iBITA 


Syarat-syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :
  1. Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.
  2. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  3. Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  4. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon.


Senarai IPT / Kolej Yang Boleh Memohon


1) Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) 





2) Politeknik






Kadar Bantuan iBITA

Jumlah bantuan (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai berikut :
  • Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
  • Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
  • Politeknik Malaysia = RM300.00


Cara Permohonan Bantuan iBita

Berikut merupakan langkah untuk membuat permohonan Bantuan iBita :


1. Layari Laman Web iBita

Sila layari laman web rasmi di pautan https://ibita.penang.gov.my/


2. Lengkapkan Borang Permohonan Online

Setiap pemohon adalah WAJIB untuk mengisi borang permohonan secara atas talian.


3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT

Pemohon atau ibu / bapa / penjaga / wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan. 


4. Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang perlu  dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA : 
  • Salinan surat tawaran ke IPT
  • Salinan bayaran yuran pendaftaran ke IPT
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  • Salinan penyata gaji yang terbaru / Kad Pesara / borang pengesahan pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Bagi Pesara, penyata pencen wajib dikemukakan.
  • Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri. 

*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Professor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.


Semakan Status Permohonan

Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau App Store.

Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup. 

Kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut. 


Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal iBITA :



1. Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
E-mel: pdtdbd@penang.gov.my
Telefon: 04-8689424 / 04-8689431/432

2. Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang
E-mel: pdtdtl@penang.gov.my
Telefon: 04-6505533 / 04-6505528

3. Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,
E-mel: pdtspu@penang.gov.my
Telefon: 04-5776505/ 04-5776515/ 04-5759963


4. Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan
E-mel: pdtsps@penang.gov.my
Telefon: 04-5857814 / 04-5857821

5. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
E-mel: pdtspt@penang.gov.my
Telefon: 04-5488818 / 04-5488814

Post a Comment

0 Comments