KerjayaGig PERKESO : Bantuan RM600 Sebulan Untuk Pekerja






Selaras dengan pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan insentif pengambilan pekerja di bawah Penjana Kerjaya 3.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program Kerjaya Gig.

Berikut adalah maklumat lengkap tentang Kerjaya Gig PERKESO bagi makluman bersama.

Apakah Kerjaya Gig PERKESO?


Program Kerjaya Gig adalah satu inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan oleh PERKESO untuk rakyat Malaysia di bawah Penjana Kerjaya 3.0.

Program ini menyediakan peluang pekerjaan sementera atau gig kepada beberapa kategori pencari kerja seperti pekerja sektor formal yang berdaftar dengan PERKESO tetapi diberi notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) ataupun kehilangan pekerjaan, ibu tunggal, kurang kemampuan (berdaftar dengan e-Kasih), bekas banduan, penganggur termasuklah graduan (tidak bekerja lebih daripada 6 bulan) dan seumpamanya.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, anda layak menerima insentif sehingga RM3600 untuk 6 bulan iaitu RM600 sebulan jika anda bekerja dalam pekerjaan sementara atau gig ekonomi dalam tempoh berkenaan.


Kadar Bantuan Tersedia


Program Kerjaya Gig menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan (berjumlah RM3600) kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.

Bantuan ini juga disediakan khas buat pekerja-pekerja dalam sektor ekonomi yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 termasuklah pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan. 

Di bawah program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima insentif sebanyak RM200 secara "one-off" bagi setiap pengambilan.





Syarat Kelayakan

Inidvidu yang bekerja sendiri daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah Program Kerjaya Gig:
  1. Pekerja telah berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji.
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan diberhentikan kerja.
  3. Individu yang mencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)




Tarikh Permohonan

Anda boleh mengemukakan permohonan program ini kepada PERKESO sebelum  tarikh 31 Disember 2021


Cara Memohon Program Kerjaya Gig Mengikut Kategori


Kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  1. Anda akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan operator diluluskan.
  2. Anda akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, anda perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua). 
  4. Anda perlu menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya.
  5. Anda perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.
Kategori Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  1. Anda perlu mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri).
  2. Mengambil Orang Berja Sendiri (OBS) unutk bekerja.
  3. Hantar permohonan Kerjaya Gig menerusi sistem PenjanaKerjaya.
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja.
  5. Majikan akan menerima pembayaran dalam masa 30 hari. 




Maklumat Lanjut


Bagi individu yang melepasi kelayakan memohon, anda boleh membuat permohonan dengan segera dan jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk maklumat lanjut sila layari 


Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel perkeso@perkeso.gov.my

Post a Comment

0 Comments