Permohonan IPG Online (PISMP) Fasa 2 & Ambilan Khas Bagi Lepasan SPM 2021

Berita baik bagi calon lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan, anda kini boleh membuat permohonan IPG online untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Bermula 16 Julai 2021 (Jumaat), PISMP membuka permohonan bagi 

  1. Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2
  2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) bagi tahun 2021.
Bagi calon lepasan SPM yang ingin menjadi guru dalam pengkhususan masing-masing, ini adalah tawaran yang baik untuk anda. 

Sebelum itu, jom ketahui lebih lanjut berkenaan Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonan. 

Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM

Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia pada 13 Julai 2005, dan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dulu hanyalah sebuah institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan Ijazaah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat pula telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik. Selain itu, IPGM juga bertanggungjawab untuk merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG. 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini bertujuan melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarajana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG  berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod penuh masa. 

Cara Memohon

1. Layari Laman Sesawang PISMP

Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat : https://pismp.moe.gov.my/

Permohonan anda akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Sila rujuk syarat permohonan berdasarkan dua pilihan pengambilan di bawah:
  1. Pengambilan Khas Program Ijazah Srajana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 - (Iklan PISMP Fasa 2
  2. Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan Dengan Kepujian Bagi Ambilan Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yang Mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) Bagi Tahun 2021. (Iklan Ambilan Khas PISMP - Lulusan SPM Yang Mempunyai SMA/SMU/UEC)

2. Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2021

Sebelum anda membuat permohonan, sila baca terlebih dahulu maklumat iklan selengkapnya.

3. Persediaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Pemohon yang layak menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.

Panduan penyediaan rakaman video pengajaran akan disediakan untuk rujukan anda. 

4. Mengemaskini Maklumat Permohonan

Anda dibenarkan mengemukakan satu sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup. 

5. Hantar Permohonan Yang Telah Disahkan

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2021

Berikut merupakan ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM. 

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di insitusi-institusi pendidikan KPM. 
  2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. 
  3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institusi Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah. 

Tarikh Tutup Permohonan IPG Online 2021

Permohonan dalam talian akan dibuka pada : 16 - 22 Julai 2021, pukul 10.30 pagi

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila hubungi nombor telefon berikut :

  • 03-8312 6768 / 6693 / 6731 / 6769

Alamat Surat Menyurat

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Layari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

0 Comments