PEMULIH GKP 4.0 : Permohonan & Semakan Online - Julai 2021


Dalam pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada PKS mikro yang layak. 

Pelaksanaan GKP dilihat telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. 

Perdana Menteri memaklumkan pelaksanaan GKP 4.0 adalah untuk mengurangkan beban dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKP mikro ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Penerima Layak GKP 4.0

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0
  • Permohonan baru GKP 4.0

Jumlah Bayaran GKP


1. Penerima Sedia Ada

Bayaran bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0, dan GKP 3.0 ialah sebanyak RM1000 dan akan dibayar dua kali pada bulan September (RM500) dan bulan November (RM500).

2. Permohonan Baru

Bayaran bagi penerima GKP 4.0 adalah sebanyak RM1000, dibayar dua kali pada bulan September (RM500) dan bulan November (RM500).


Syarat Kelayakan GKP 4.0


Permohonan baru GKP perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah :
  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai PKS mikro.
  3. Perniagaan masih lagi dijalankan dan belum ditutup.
  4. Perolehan tahunan perniagaan pemohon mestilah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Cara Membuat Permohonan 


Permohonan baru GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/


Tarikh Permohonan GKP 4.0

Permohonan baru GKP 4.0 akan mula dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021


Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau boleh layari KLIK SINI

Post a Comment

0 Comments