Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) 2021
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Bakul Prihatin Negara untuk rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata usaha ini sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan Bakul Prihatin Negara iaitu merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kerajaan terus mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan dengan melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik yang berkonsepkan 'Whole of Society' yang melibatkan pihak kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia dan maklumat yang lebih lanjut.
Apakah Bakul Prihatin Negara?
Bakul Prihatin Negara merupakan satu usaha Kerajaan untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Bakul Prihatin Negara ini mengandungi barang-barang keperluan asas seperti berikut:
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Cara Memohon
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.
- Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
- Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau,
- Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Post a Comment
0 Comments