Bantuan RM1,000 Untuk Golongan B40 & M40 Bermula Pada Bulan Ogos 2021



Berita baik kepada semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan miskin tegar B40 & M40 termasuklah golongan bujang kerana pihak kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Covid-19 bermula pada Ogos 2021 ini. 


Sila ikuti segala artikel di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini. Semoga bermanfaat. 


BANTUAN RM1000 UNTUK B40 & M40


Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan bahawa bantuan ini akan memberikan manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah serta individu yang terdiri daripada warga emas dan golongan bujang dengan melibatkan peruntukan sebanyak Rm4.6 billion. 


JUMLAH BANTUAN & TARIKH PENGKREDITAN


Bantuan ini melibatkan isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan mula dikreditkan bermula pada bulan Ogos 2021 ini. Manakala, pembayaran kedua pula adalah sebanyak RM500 dan akan dilaksanakan pada bulan November, serta pembayaran ketiga pula sebanyak RM300 yang mana akan dikreditkan pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember. 


Bagi kategori golongan bujang miskin tegar pula akan menerima bantuan ini sebanyak RM200 akan dikreditkan bermula pada bulan Ogos 2021 manakala pembayaran kedua pula adalah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan bermula pada bulan November 2021. 


BANTUAN RM500 BAGI GOLONGAN HILANG PEKERJAAN


Dalam pada masa yang sama juga, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut mengumumkan bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada tahun 2021. 

Post a Comment

0 Comments