Bantuan Khas PERMAI One-Off RM500 - Bayaran Mula Dikreditkan 27 Julai 2021




Berita baik buat anda, bantuan e-hailing PEMERKASA 2021 untuk pemandu teksi, bas, e-hailing (termasuk grab rider, grabfood, foodpanda) dan kereta sewa di Malaysia dengan APAD Malaysia akan mula dikreditkan mulai 27 Julai 2021 iaitu sebanyak RM500 secara one-off.

Bantuan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH. Pembayaran secara 'one-off' akan diberikan menerusi bantuan PERMAI RM500 untuk pemandu teksi, bas persiaran, bas sekolah, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukkan sebanyak RM15 bilion. 

Bantuan ini adalah untuk melindungi kesejahteraan dan ekonomi semasa berlakunya wabak pandemik COVID-19 dan ia merupakan sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan. 


Tarikh Pembayaran


Pembayaran Bantuan Khas PERMAI 2021 akan bermula pada tarikh berikut :
  • 27 Julai 2021
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat  (APAD) tarikh pembayaran telah dipindah daripada perancangan asal yang sepatutnya pada 15 Julai 2021 lalu.


Golongan Yang Layak Menerima Bantuan Khas


Jika anda merupakan salah satu daripada golongan yang disenaraikan di bawah, anda layak menerima bantuan ini. Bantuan ini akan diberikan kepada pemain industri pengangkutan awam seperti berikut :
  1. Pemandu teksi
  2. Pemandu bas sekolah
  3. E-hailing (Grab, Maxim dan lain-lain)
  4. Kereta sewa berdaftar
  5. Pemandu bas persiaran
  6. Pemandu pelancong
Menurut Menteri Pengangkutan, golongan ini sangat diberi perhatian khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19. 


Jumlah Bantuan


Kerajaan akan memberikan bantuan sebanyak : 
  • RM 500
  • Pembayaran adalah secara one-off RM500


Bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM 68 juta akan memberi manfaat kepada 134,000 penerima berdaftar.
  1. Sebanyak 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
  2. 40,000 pemandu teksi
  3. 17,000 pemandu pelancong
  4. 11,000 pemandu bas sekolah
  5. 4,000 pemandu bas persiaran

Cara Membuat Semakan


Menurut Portal Rasmi APAD, pemandu tidak perlu membuat sebarang permohonan. EHO akan menyediakan senarai nama pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO kepada Pemandu masing-masing. 


Maklumat Lanjut


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk laman web rasmi APAD di bawah :
Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan urusan anda yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. 

Post a Comment

0 Comments