Senarai Penuh Biasiswa 2021 Yang Boleh Dimohon Untuk Pelajar Lepasan SPM



Berita baik bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang sedang mencari biasiswa ataupun pembiayaan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kami dari Salam Kerjaya akan bantu anda senaraikan biasiswa terkini tahun 2021 yang masih dibuka untuk permohonan.


Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah mendapat keputusan SPM. Untuk makluman anda, pelbagai syarikat dan agensi kini telah membuka permohonan bagi biasiswa kepada para lepasan SPM yang berhasrat untuk sambung pengajian. 


Anda boleh lakukan semakan senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM dan cara memohon melalui perkongsian yang kami kongsikan di bawah ini. Semoga berjaya!


SENARAI BIASISWA 2021 UNTUK LEPASAN SPM


Berikut adalah merupakan senarai biasiswa 2021 beserta pautan untuk permohonan khas buat lepasan SPM 2020 yang masih dibuka untuk permohonan:


Biasiswa JPA MARA (PKJM)


Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021 adalah merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada para pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 


Lepasa SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang berikut adalah dipelawa untuk memohon:

  • Kejuruteraan
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 23 Jun 2021


BIASISWA JPA JKPJ


Jabatan Perkhidmatan Awam kini membuka tawaran penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. 

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara seperti yang dinyatakan di atas. 

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 23 Jun 2021


BIASISWA SHELL MALAYSIA


Antara manfaat mendapatkan biasiswa tajaan Shell Malaysia adalah peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti peringkat global dan setelah tamat belajar, berpeluang memulakan kerjaya dengan syarikat Shell Malaysia. 

Shell menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang berikut:
  • Engineering: Mechanical, Civil, Chemical, Petroleum, Electrical & Electronics, Environmental, Sustainable.
  • Sciences: Geology, Geosciences, Geomatics, Geophysics, Data Science
  • Commercial: Business & Management, Digital Marketing

Tarikh Permohonan: 14 Jun hingga 30 Jun 2021


BIASISWA PETRONAS


Bermula 10 Jun 2021, biasiswa PETRONAS tahun 2021 telah dibuka kepada para lepasan SPM untuk pengajian pra universiti, calon pelajar ijazah di UTP dan universiti luar negara. Calon pelajar yang berminat dan layak kini dipelawa untuk memohon tajaan biasiswa PETRONAS. 

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 20 Jun 2021


BIASISWA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA


Bank Negara Malaysia komited untuk memupuk bakat muda terunggul dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang kami tawarkan. Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. 

Biasiswa ini akan membiayai: 
  • Yuran pembelajaran
  • Elaun sara hidup
  • Elaun-elaun lain yang berkaitan

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 27 Jun 2021


BIASISWA PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)


Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini membuka tawaran Anugerah Biasiswa PNB Khas untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara. 

Permohonan bagi Biasiswa PNB 2021 adalah dibuka kepada calon-calon lepasan SPM 2020. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh PNB sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara, tertakluk kepada kelulusan PNB. 

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 29 Jun 2021


BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL


Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan menadapat tawaran pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk memohon biasiswa atau pinjaman YTN seperti yang diiklankan. 

Keutamaan adalah diberi kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. 

Tarikh Permohonan: 10 Jun hingga 20 Jun 2021



Post a Comment

0 Comments