Kerajaan Lancar Bantuan Tunai RM10 Bilion Sehingga Hujung Tahun Bagi Golongan B40



Berita baik buat anda semua kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini melalui pengunguman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)  yang diadakan pada hari ini. 


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia juga turut berkata ia juga turut akan merangkumi bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 pada bulan hadapan seperti yang telah diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan dan ia akan disalurkan secara berperingkat bermula esok. 


Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut berkata bahawa BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 pula akan dibayar pada bulan September, ianya termasuk membabitkan kes lulus rayuan. 


"Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun ialah RM4.9 bilion," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. 


Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pasukan Salam Kerjaya.


SUMBER: Bharian

Post a Comment

0 Comments