i-Sinar Jun: Semak Tarikh Pembayaran Anda Sekarang!




Bermula 1 Jun 2021, pembayaran bagi i-Sinar KWSP telah mula dikreditkan ke akaun ahli mengikut batch. Oleh itu, anda bolehlah menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).


Tarikh Dan Tempoh Pembayaran i-Sinar

Bayaran bagi i-Sinar telah mula dibuat sejak 1 Jun lagi dan akan dibayar secara berperingkat sehingga 9 Jun 2021. Pengkreditan amaun ke akaun bank akan mengambil masa 1 - 5 hari masa berkerja dan bergantung kepada prosedur bank anda.





Cara Membuat Semakan Status i-Sinar

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar:

1. Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal Histrory di ruangan sebelah kiri.

4. Klik pada i-sinar dalam jadual barisan kedua.

5. Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalah tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkaitan i-Sinaar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments