Cara Memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2021




Program Perumahan Rakyar (PPR) merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang melaksanakan projek-projek PPR di seluruh Malaysia dan skim PPR terdiri daripada dua iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina dibawah Skim PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).



KADAR SEWAAN

RM124.00 sebulan


CIRI-CIRI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat (5 - 18 tingkat)
Kawasan pinggi bandar: Jenis rumah teres
Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan: 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air.
Kemudahan asas:
  • Dewan komuniti / Ruang orang ramai
  • Surau / Ruang solat
  • Gerai makan / Ruang niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman permainan / Kawasan lapang
  • Rumah sampah


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PPR

Berikut dikongsikan syarat untuk memohon Skim PPR:

1. Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan
4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri


CARA MEMBUAT PERMOHONAN PPR

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Skim PPR:

1. Buka laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel)
3. Buka emel dan buat pengesahan akaun
4. Kemudian log masuk ke portal SPRN
5. Pilih skim mengikut kelayakan anda\
6. Lengkapkap semua maklumat yang diperlukan
7. Pilih projek (PPR)
8. Muat naik dokumen yang diminta
9. Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan skim PPR, anda boleh menghubungi

03 - 88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
03 - 88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
03 - 88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Post a Comment

0 Comments