Cara Melakukan Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Bermula Jun 2021



Seperti yang telah diketahui umum, pembayaran bagi BPR Fasa 2 telah dilakukan bermula pada 7 - 12 Mei 2021 yang lalu dan diikuti dengan pembayaran tunai yang bermula pada 17 Mei. Namun, terdapat beberapa keluhan yang dinyatakan daripada kalangan rakyat berikutan daripada permohonan mereka yang tidak lulus dan gagal kredit. 


Oleh itu, kami daripada pasukan Salam Kerjaya akan berkongsi tentang cara melakukan rayuan BPR Fasa 2. Sila ikuti segala artikel yang telah kami sediakan di bawah ini. 




CARA RAYUAN BPR FASA 2


Untuk makluman anda semua, permohonan rayuan bagi BPR Fasa 2 akan mula dibuka bermula pada 15 hingga 30 Jun 2021. Kepada mereka yang telah ditolak permohonannya, mereka perlu kemukakan borang rayuan dan sila sertakan sekali dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM. Permohonan rayuan BPR Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • Sila masuk ke portal rasmi BPR di laman berikut https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  • Klik pada ikon "Rayuan" (Bermula 15 Jun 2021)
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang carian
  • Ikuti langkah berikutnya 
  • Sila pastikan anda kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kos alasan tidak lulus BPR Fasa 2


SEBAB & ALASAN TIDAK LULUS

Berdasarkan maklumat dari LHDN, kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah merupakan antara alasan kenapa seseorang tidak layak. 
  • 05 - Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 - Pemohon / Pasangan merupakan penerima GKP
  • 31 - Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 - Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan. 



Post a Comment

0 Comments