Bantuan 10,000 Komputer Riba Untuk Pelajar Sekolah Menengah 2021

 


Berita baik buat semua para pelajar sekolah di negeri Sabah kerana pihak kerajaan negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan 5 & 6 di negeri ini bermula pada bulan Julai 2021 nanti. 


Langkah ini diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi tujuan membantu meringankan beban para pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberikan khusus untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan penting pada hujung tahun ini. 


Sila ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan dan tarikh agihan bantuan komputer riba Sabah. 


TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA


Kerajaan negeri Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba untuk pelajar yang layak pada:

  • Mulai 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan komputer riba akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:
  • Pelajar warganegara berasal dari negeri Sabah.
  • Pelajar tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih miskin tegar.
  • Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (KIR)

Untuk pengetahuan anda, para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan. Pihak sekolah dan jabatan akan mengenalpasti pelajar yang layak dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah. 



Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenal pasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak. 

Post a Comment

0 Comments