RASMI : Tarikh Lengkap Bayaran Fasa Kedua BPR Tahun 2021 Mengikut Kategori


 

Umum mengetahui bahawa bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021. Pasti sudah ramai daripada anda yang tidak sabar ingin mengetahui bila tarikh pembayaran BPR 2021 dan tarikh permohonan dibuka bukan?


Untuk makluman, pembayaran BPR 2021 akan dilakukan dalam beberapa fasa bagi beberapa kategori yang layak. Tarikh pembayaran BPR 2021 mengikut fasa telah pun dijadualkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 


Ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan tarikh pembayaran BPR 2021 serta tarikh permohonan BPR dibuka.


PENAMBAHBAIKAN BPR BERBANDING BSH


Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata ada beberapa perkara dan penambahbaikan yang dilakukan bagi program BPR berbanding bantuan sebelum ini iaitu:

  • Kategori umur penerima bujang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun sebelum ini. 
  • Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
  • Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,000.

TARIKH PERMOHONAN BPR 2021


Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan, Permohonan BPR 2021 akan dibuka kepada individu yang layak, tetapi belum pernah mendaftar BSH. 

Tarikh permohonan BPR 2021 kepada penerima baharu adalah seperti berikut: 
  • 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021

JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021

Berikut adalah merupakan jadual tarikh pembayaran BPR tahun 2021 mengikut kategori:

Kategori Bujang

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori bujang mengikut fasa: 

Fasa 1: 
  • Mulai 24 Februari 2021 (ada akaun)
  • Mulai 25 Februari 2021 (tiada akaun) 
  • Mulai 1 Mac 2021 (Sabah & Sarawak tanpa akaun)

Fasa 2:
  • 7 hingga 12 Mei 2021 (ada akaun)
  • 17 Mei 2021 (tiada akaun)

Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2,500

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan kurang RM2,500 mengikut fasa:

Fasa 1:
  • Mulai 24 Februari 2021 (ada akaun)
  • Mulai 25 Februari 2021 (tiada akaun)
  • Mulai 1 Mac 2021 (Sabah & Sarawak tanpa akaun)

Fasa 2:
  • 7 hingga 12 Mei 2021 (ada akaun)
  • 17 Mei 2021 (tiada akaun)

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 - RM4,000

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan RM2,501 hingga RM4,000 mengikut fasa:

Fasa 1:
  • Mulai 24 Februari 2021 (ada akaun)
  • Mulai 25 Februari 2021 (tiada akaun)
  • Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak tanpa akaun)

Fasa 2:
  • 7 hingga 12 Mei 2021 (ada akaun)
  • 17 Mei 2021 (tiada akaun)

Isi Rumah Pendapatan RM4,001 - RM5,000

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan RM4,001 hingga RM5,000 mengikut fasa:

Fasa 1:
  • Mulai 24 Februari 2021 (ada akaun)
  • Mulai 25 Februari 2021 (tiada akaun)
  • Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak tanpa akaun)

Fasa 2:
  • 7 hingga 12 Mei 2021 (ada akaun)
  • 17 Mei 2021 (tiada akaun)

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan berikut:
KAEDAH PEMBAYARAN BPR 2021

Pembayaran BPR 2021 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pada tarikh pembayaran BPR 2021 yang akan ditetapkan bagi pemohon yang mempunyai akaun bank. 

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) akan menerima pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. 

Post a Comment

0 Comments