[RASMI] : Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP B40 2021



PERMOHONAN RUMAH SJKP RM1,000 SEBULAN


Untuk pengetahuan anda, walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan kini anda mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau lebih dikenali sebagai SJKP. Menarik bukan?


Apa yang lebih menarik lagi ialah para pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am masih berpeluang untuk memiliki rumah pertama berharga RM300,000 kebawah melalui program SJKP ini. 


Terkini, pihak Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP melalui peruntukan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian. 


APA ITU SJKP 2021? 



Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki secara penuh oleh Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007. 


Tujuan utama penubuhan SJKP Berhad ini adalah untuk mengatasi masalah kesusahan yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti petani dan para peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka. 


Untuk makluman, skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. 


CARA MEMOHON SJKP 2021


Untuk makluman anda, proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengasahan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan,  purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. 
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli. 
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan atau institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini. 

Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:
  • Affin Bank 
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam 
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat

PERINGATAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad. 

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti para peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami
  • Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dilakukan. 
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar. 
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya sah untuk pembelian kos rumah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan. 

SJKP tidak menjami pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri. 

Post a Comment

0 Comments