GKP Tambahan: Semakan Status & Kemaskini Akaun




Untuk pengetahuan anda, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah memaklumkan bahawa individu yang belum menerima bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dinasihatkan untuk membuat semakan status pembayaran.

Bagi mereka yang telah membuat permohonan GKP Tambahan dan diluluskan namun berstatus Gagal Kredit, pengemaskinian maklumat akaun bank hendaklah dilakukan dengan segera.


TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN GKP TAMBAHAN

Tempoh pengemaskinian akaun bank perlu dibuat sehingga 19 Mei ini bagi membolehkan urusan pembayaran dapat dilakukan.


GKP TAMBAHAN

GKP Tambahan merupakan bantuan kewangan RM1,000 secara one-off kepada usahawan PKS dan Mikro di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan pada Januari dan Februari 2021 yang lalu.

Manakala untuk negeri yang tidak terlibat dengan PKP, bantuan kewangan RM500 secara one-off akan diberikan.

Tujuan utama pemberian GKP Tambahan ini adalah untuk meringankan beban kewangan usahawan PKS dan Mikro yang terjejas akibat penuluran wabak pandemik COVID-19 serta meningkatkan produktiviti usahawan PKS dan Mikro.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk menerima GKP Tambahan PERMAI :-

1. Usahawan tersebut adalah pemilik PKS mikro dan merupakan Warganegara Malaysia
2. Usahawan tersebut masih aktif menjalankan perniagaan
3. Jumlah jualan atau perolehan perniagaan kurang daripada RM300,000
4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang termasuk pemilik perniagaan
5. Usahawan juga perlu berdaftar dengan LHDNM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 30 Ogos 2021.


CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan :-

1. Buka portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/
2. Masukkan no. kad pengenalan
3. Tekan logo "kanta" di bahagian kanan.
4. Masukkan "Captcha" dan klik butang "Semak"
5. Keputusan GKP Tambahan akan dipaparkan.


CARA MENGEMASKINI AKAUN BANK

Berikut dikongsikan cara untuk mengemaskini akaun bank :-

1. Buka portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/
2. Klik pada "Log Masuk"
3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang "Semak"
4. Masukkan kata laluan.
5. Klik pada profil dan kemaskini akaun bank.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat pengemaskinian maklumat GKP Tambahan, anda boleh hubungi Hasil Care Line di :-

03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara)

Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments