Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dinaikkan Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021


 

Berita gembira buat semua kerana beberapa bulan yang lalu Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa bantuan bulanan bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan dari RM200/300 sebulan kepada RM1,000 sebulan. 


Untuk makluman anda, cadangan ini akan dibawa terlebih dahulu ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan untuk dipertimbangkan selebihnya bagi membantu golongan B40. Oleh itu, marilah kita sama-sama nantikan berita gembira ini agar dapat membantu meringankan beban kita semua pada ketika penularan wabak Covid-19 ini. 


Bagi mereka yang belum melakukan permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda digalakkan untuk melakukan permohonan terlebih dahulu sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat beberapa senarai serta jenis bantuan yang boleh anda mohon daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


SENARAI BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)


Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang anda boleh mohon daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) - RM350 sebulan
  • Bantuan Orang Tua (BOT) - RM350 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) - RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) - RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) - RM200 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

CARA MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN

Bagi mereka yang belum melakukan permohonan, anda boleh melakukan permohonan melalui talian di bawah:

Bagi mereka yang telah mendaftar di talian, anda dikehendaki untuk hadir 14 hari selepas pendaftaran atas talian. Sila pastikan anda membawa dokumen seperti berikut untuk pengesahan dan kelayakan anda:
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (Jika kategori OKU);
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (astro, air, elektrik, telefon)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Anda juga boleh memuat turun borang-borang permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah ini untuk melakukan permohonan secara manual:

Post a Comment

0 Comments