[TERKINI] : Bantuan E-Wallet Untuk Golongan Belia RM150 Seorang


 

Golongan belia adalah merupakan salah satu golongan yang bakal diberikan bantuan oleh pihak kerajaan melalui Program PEMERKASA 2021. Melalui pengunguman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada yang terdahulu. 


Untuk makluman, program eBelia ini adalah merupakan sebuah program untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 


JUMLAH BANTUAN E-WALLET 2021

Jika sebelum ini bantuan e-wallet untuk belia sebanyak RM100, kini nilai bantuan tersebut akan dinaikkan sebanyak RM50 dan menjadikan jumlah baharu yang bakal diterima adalah sebanyak RM150. 


TARIKH PENGREDITAN E-WALLET 2021


Untuk pengetahuan anda, pengkreditan e-wallet 2021 akan dilakukan bermula pada Jun ini. 


SIAPA YANG BOLEH MOHON?

  • Golongan belia berumur antara 18 - 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.

CARA MEMOHON
  • Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet/Boost/Grab
  • Sila isi maklumat peribadi anda dengan lengkap
  • Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
  • Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun anda. 

BANTUAN LAIN UNTUK GOLONGAN MUDA

Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta dengan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta. 

Hal ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam program keusahawanan.



Post a Comment

0 Comments