SPPIM: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, April 7, 2021

SPPIM: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia






Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran pernikahan secara online melalui laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM)


SPPIM merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan smua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Antara modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah, proses penceraian, rujuk dan rundingcara.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI SPPIM


Berikut dikongsikan perkhidmatan online yang boleh dilakukan di laman web SPPIM:-

Permohonan Berkahwin Online


Pasangan yang ingin bernikah mestilah melakukan permohonan serta mendapat kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online merupakan inisiatif JAKIM dengan kerjasama JAIN negeri masing-masing bagi memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan nikah khususnya kebenaran pernikahan.

Setakat ini, Permohonan Kebenaran Berkahwin Online hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri:-
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor

Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online


Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.

Setakat ini, Pendaftaran Kursus Pra-Perkahwinan Secara Online hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri:-
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis

Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara


Perkhidmatan ini disediakan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perkahwinan, penceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.

Anda juga boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori:

Pengesahan Kebenaran & Status - Pengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan. Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Pengesahan Dokumen Nikah - Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan.Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.

Keterangan NCR - Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju’) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.

Rundingcara Online


Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.

Pemohon juga boleh membuat temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di JAIN ataupun PAID.

Setakat ini, Rundingcara Online hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri:-
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan

CARA PENDAFTARAN SPPIM


Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran SPPIM:-
  • Buka laman web http://www.sppim.gov.my/
  • Pilih menu Benar "Nikah Online"
  • Tekan "Permohonan Baru"
  • Tekan "Seterusnya"
  • Isikan maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki dan perempuan, maklumat kebenaran dan wali
  • Tekan "Seterusnya" dan "Hantar"
  • Tekan butang "Saya Bersetuju" dan tekan "Hantar"
  • Cetak borang dan senarai semak
  • Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen.


MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh menghubungi:-
Negeri Sembilan : 06-6771352
Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634
Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853
Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
JAKIM : 03-8870 7527 / 7528
Masa : 09:00 pagi – 04:00 petang | Email : hdsppim@islam.gov.my

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment