Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Temuduga !



Bekerja sebagai penjawat awam adalah impian bagi setiap orang yang ingin masuk ke alam pekerjaan tidak kira ketika sedang belajar, baru tamat pengajian mahupun yang sudah bekerja. Namun semua itu hanya tercapai jika anda layak dan melepasi tapisan-tapisan tertentu.

Ramai yang bertanya selepas jawab peperiksaan online, susah kah temuduga nanti? Apa saja soalan yang ditanya? Ini yang menjadikan penentu sama ada anda layak untuk menjawat jawatan awam ataupun tidak.

Di sini kami akan kongsikan beberapa soalan yang sering di tanya ketika temuduga agar anda boleh bersedia dengan jawapan yang kukuh dan meyakinkan


SOALAN ASAS TEMUDUGA SPA KERAJAAN & SWASTA

1. Ceritakan tentang diri anda.

2. Apakah kelebihan diri anda? (strength)

3. Apakah kekurangan diri anda? (weakness)

4. Mengapa anda inginkan kerja ini? 5. Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang?

6. Apakah jenis syarikat yang ideal untuk anda bekerja?

7. Mengapakah anda tertarik dengan syarikat ini?

8. Mengapakah anda rasa kami patut mengambil anda bekerja?

9. Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini?

10. Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini?

11. Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain?

12. Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini?

13. Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?

14. Sejauh mana pengetahuan anda tentang industri ini?

15. Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?

16. Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?

17. Anda ada apa-apa soalan untuk saya?


SOALAN BERKAITAN SIKAP CALON TEMUDUGA

18. Apakah projek terakhir yang anda jalankan di tempat kerja lama. Bagaimana pencapaian projek tersebut?

19. Berikan contoh masa selain waktu kerja yang boleh anda hadir untuk bekerja

20. Bilakah hasil kerja anda boleh dikritik?

21. Adakah anda pernah berada di dalam kumpulan kerja yang mempunyai ahli lelap? Jika ya, bagaimana anda mengendalikannya?

22. Bilakah anda berasa sukar untuk memberi maklumbalas? Terangkan bagaimana anda mengendalikannya.

23. Apakah kegagalan terbesar anda dan apakah yang dapat anda pelajari daripadanya?

24. Bagaimanakah cara untuk anda bekerja dengan orang yang tidak menyenangkan anda?

25. Jika saya merupakan supervisor anda dan saya mengarahkan anda melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apakah tindakan anda?

26. Apakah perkara paling sukar dalam hidup anda dan bagaimanakah anda mengendalikannya?

27. Berikan saya satu contoh kesilapan yang mungkin anda lakukan dan bagaimana anda mengendalikannya?

28. Kongsikan dengan kami konflik yang anda pernah hadapi di tempat kerja dan bagaimana anda mengendalikannya?

29. Jika syarikat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, apakah tindakan anda?

30. Jika anda sedang berada dalam jamuan tengah hari dan memesan menu yang jarang dipesan, apakah tindakan anda?

31. Tugasan apakah yang paling susah buat anda dan bagaimana anda mengendalikannya?

32. Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda ambil dalam masa 2 tahun lepas dan bagaimana anda mengendalikannya?

33. Bagaimana anda ingin menyelesaikan tugas yang banyak dan mustahil untuk anda selesaikan sebelum pulang kerja?


SOALAN BERKAITAN GAJI

34. Berapakah gaji yang anda cari?

35. Berapakah gaji anda dalam pekerjaan lama?

36. Jika saya beri anda gaji yang anda minta, mampukah anda memberi perkhidmatan terbaik?

37. Jika kualiti kerja menurun, sanggupkah anda dipotong gaji?


SOALAN BERKAITAN PERKEMBANGAN KARIER CALON TEMUDUGA

38. Apakah target anda dalam perkembangan karier?

39. Bagaimanakah anda boleh meningkatkan produktiviti kerja dalam untuk tahun berikutnya?

40. Apakah matlamat anda dalam kerjaya ini sekiranya anda diterima bekerja?

41. Jika kami memohon supervisor tempat kerja lama anda memberi latihan tambahan, apakah cadangannya?


SOALAN ASPEK PERMULAAN

42. Bagaimana cara anda membina kredibiliti untuk bekerjasama dalam kumpulan dengan pantas?

43. Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan yang signifikan?

44. Apakah target anda dalam masa 30 hari anda bekerja?

45. Terangkan strategi anda dalam masa 90 hari jika anda diterima bekerja dalam tempat ini.


SOALAN TAMBAHAN TENTANG DIRI ANDA

46. Bagaimanakah cara anda menerangkan cara kerja anda?

47. Persekitaran kerja bagaimana yang sesuai dengan anda?

48. Apakah teknik anda untuk memastikan kerja anda terurus?

49. Adakah “big-picture person” ataupun “detail-oriented person” yang bakal anda pilih sekiranya diberikan peluang untuk membuat pilihan?

50. Apakah pencapaian tertinggi anda yang boleh dibanggakan?

51. Nyatakan strategi anda dalam perancangan kerja.

52. Nyatakan pengurus yang paling anda gemari dan mengapa?

53. Berikan pendapat anda tentang pengurus anda yang lama.

54. Adakah terdapat seseorang individu yang berjaya mengubah anda dalam karier? 55. Apakah personaliti orang lain yang anda selesa bekerja bersama dan mengapa? 56. Apakah perkara yang membanggakan anda?

57. Apakah perkara kegemaran anda yang sering anda lakukan?

58. Apakah impian yang menjadi idaman sepanjang hidup anda?

59. Apakah cita-cita anda yang paling anda impikan?

60. Apakah misi peribadi anda?

61. Nyatakan 3 perkara positif yang majikan dahulu katakan tentang anda.

62. Nyatakan perkara negatif yang majikan terdahulu katakan tentang anda.

63. Nyatakan 3 personaliti yang rakan anda terangkan tentang anda.

64. Apakah 3 perkara positif yang anda tidak miliki?

65. Apakah daya tarikan yang anda lihat kepada seseorang sekiranya anda menemuduga seseorang itu.

66. Berikan 5 perkataan yang menerangkan diri anda.

67. Siapakah yang memberikan impak terbesar buat anda dalam karier dan bagaimana?

68. Apakah perkara yang paling anda takuti?

69. Apakah perkara yang paling anda sesali dan mengapa?

70. Nyatakan perkara paling penting yang anda pelajari di sekolah.

71. Mengapakah anda memilih subjek major anda?

72. Nyatakan perkara yang anda terlepas dalam karier anda.

73. Apakah pencapaian anda yang terbaik di luar skop kerja?

74. Apakah kualiti yang ada pada pemimpin yang bagus dan yang tidak bagus?

75. Adakah pemimpin perlu ditakuti atau disukai?

76. Apakah perasaan anda berkata tidak untuk menjawab?

77. Apakah perasaan anda apabila bekerja dengan orang yang kurang pengetahuan dari anda?

78. Bagaimanakah saya bolehkategorikan anda sebagai penemuduga?

79. Beritahu satu perkara tentang diri anda yang anda tidak mahu saya tahu.

80. Jelaskan perbezaan antara bagus dan luar biasa.

81. Apakah jenis kereta anda?

82. Tiada jawapan benar atau salah tetapi jika anda diberi peluang untuk berada di mana-mana sahaja di atas dunia ketika ini. di manakah anda akan berada?

83. Apakah tajuk buku terakhir yang anda baca?

84. Adakah anda melanggan majalah? Jika ya, nyatakan nama majalah tersebut.

85. Nyatakan filem yang anda tonton di wayang tahun lepas.

86. Jika anda memenangi wang tunai dalam pertandingan, apakah yang bakal anda lakukan dengan duit tersebut?

87. Siapakah orang yang anda anggap sebagai hero?

88. Apakah perkara yang akan anda lakukan untuk berseronok?

89. Apakah yang sering anda lakukan semasa masa terluang?

90. Apakah memori yang paling anda suka semasa kanak-kanak?


SOALAN BERKAITAN UJI MINDA CALON TEMUDUGA

91. Berapa kali jarum jam bergerak dalam masa 24 jam?

92. Apakah 10 cara lain menggunakan pen selain menulis?

93. Jual kepada saya pen ini.

94. Sekiranya anda berpeluang menjadi menteri, menteri apakah yang anda ingin jadi? Mengapa?

95. Di manakah terletak bulu halus bola tenis?

96. Jika anda berpeluang memilih watak seorang hero, hero manakah yang akan anda pilih? Mengapa?

97. Jika anda boleh membuang sebuah negara daripada dunia ini? Negara manakah yang bakal anda buang?

98. Bagaimanakah anda boleh mengikat kasut sekiranya mata anda tertutup?

99. Bagaimana untuk anda hadapi jalan raya yang sesak untuk pergi ke tempat kerja? 

100. Mengapakah anda tetap menggunakan jalan raya yang sesak walaupun anda sudah mengetahuinya?



Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.



SUMBER: blog.maukerja


Post a Comment

0 Comments