SPIN TEKUN : Bantuan Sektor Informal Sehingga Rm5,000 - Salam Kerjaya!

Breaking

Sunday, April 4, 2021

SPIN TEKUN : Bantuan Sektor Informal Sehingga Rm5,000




Usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiayaan, kini anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).


SPIN telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada disember lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal seluruh negara.


Objektif pelaksanaan SPIN pula adalah untuk membantu usahawan yang tidak mempunyai lesen SSM atau PBT bagi memulakan perniagaan ketika era pademik covid-19 ini.


Menerusi pelaksaan SPIN, sebanyak RM50 Juta telah diperuntukkan untuk skim ini.




MATLAMAT PEMBIAYAAN

Antara matlamat pembiayaan SPIN adalah untuk:-

  • Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pandemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  • Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  • Menggalakkan usahwan sektor informal untuk mendaftar.
  • Membangunkan kapsiti dan daya saing usahawan.
  • Mendorong untuk anjakan daripada status pernigaan informal kepada status mikro dan seterusnya ke kategori yang lebih tinggi.

KADAR PEMBIAYAAN

Usahawan yang layak akan mendapat pembiayaan SPIN antara RM1,000 dan RM5,000.


TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh yang ditetapkan untuk pembayaran balik pembiayaan SPIN adalah 3 tahun atau 36 bulan dan kadar keuntungan yang ditetapkan adalah sebanyak 4% setahun.


SYARAT PEMBIAYAAN

Syarat yang perlu dipenuhi antaranya:-

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon ialah Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagan sah.
  • Pemohon mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk memohon skim pembiayaan SPIN:-

  • Muat turun Borang JPP Borang 02, JPTT Borang 03 dan JPPT Borang 04
  • JPP Borang 02 - Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN.
  • JPTT Borang 03 - Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan,. Bertindih atau Berasingan Skim TEMAN TEKUN.
  • JPTT Borang 04 - Surat Pengesahan Perniagaan
  • Isi borang dengan lengkap.
  • Hantar borang ke pejabat TEKUN NASIONAL yang terdekat.

FAQ!

Jenis perniagaan yang boleh dipohon melalui SPIN?

- Semua jenis perniagaan yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Tempoh proses kelulusan SPIN?

- 7 hari masa bekerja.

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

- dilindungi oleh Insuran Takaful degan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah pembiayaan di bawah PBT layak Memohon?

- Layak, pemohon perlu mendapatkan kelulusan lesen/permit daripada PBT.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN NASIONAL di 03-9058850 atau layari laman web https://www.tekun.gov.my


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment