[RASMI] : Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Tahun 2021


BAYARAN BANTUAN RM500 UNTUK AIDILFITRI 2021 


Untuk makuman, pihak kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuklah mereka yang kakitangan Contract of Service, Contract for Service, Pegawai Sambilan Harian (PSH) serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada para pesara kerajaan. Pemberian ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya mengharungi cabaran sepanjang menghadapi tempoh wabak pandemik ini. 


CARA PEMBAYARAN BANTUAN RM500 AIDILFITRI 2021 


Pembayaran akan dilakukan bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. 


Untuk pengetahuan anda, lebih 2 juta penjawat awam dan pesara akan menerima manfaat daripada bantuan ini. 



Post a Comment

0 Comments