Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 ~ Tarikh Tutup Pendaftaran 30 April 2021!




Bagi ibu bapa dan para penjaga yang ingin mendafatarkan anak mereka ke tahun 1 sesi 2022/2023, anda boleh membuat pendaftaran sekolah secara online sehingga 30 April ini. 

Permohonan ini dibuka sejak 1 Mac 2021 lagi dan ianya terbuka untuk seluruh Malaysia

Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terkini dan cara untuk melakukan pendaftaran.

SYARAT PENDAFTARAN

  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 bagi sesi 2022
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 bagi sesi 2023

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • 30 April 2021

CARA PERMOHONAN

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE

Jika belum mendaftar akaun:-

  • Buka laman web https://public.moe.gov.my/
  • Tekan butang PENGGUNA BARU
  • Isi maklumat diri dan maklumat akuan
  • Setelah selesai, tekan butang Daftar.

Selepas membuat pendaftaran akaun:-

  • Masuk ke halaman utama
  • Masukkan ID dan kata laluan dan tekan butang DAFTAR MASUK
  • Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan)
  • Isi nombor mykid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  • Kemudian isi maklumat murid dan maklumat kesihatan
  • Setelah selesai, tekan butang simpan dan klik seterusnya
  • Untuk makluman, jika anda membuat pilihan "Ya" pada ruangan status OKU pada maklumat murid, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam maklumat permohnan.
  • Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  • Jika berpuas hati dengan maklumat yang di isi, anda boleh terus ke bahagian Perakuan.
  • Semak setiap maklumat yang dipaparkan pada bahagian Perakuan dan klik Perakuan Benar dan tekan Hantar.
  • Status permohonan murid akan dipaparkan
  • Anda boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan bagi tujuan rujukan.

Panduan Pendaftaran Pengguna - KLIK SINI

Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian - KLIK SINI

Baca juga Cara Isi Maklumat Imunisasi Tahun 1 - KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri masing-masing di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi


Semoga artikel ini memberi kemudahaan dan manfaat kepada anda semua.


SUMBER: mingguankerja.my

Post a Comment

0 Comments