BSN Mikro PEMERKASA : Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk PKS & Usahawan Mikro 2021



Untuk makluman, semasa pengunguman Belanjawan 2021 yang lalu pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 billion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta dalam pakej PEMERKASA bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp. 


Pihak BSN telah memperkenalkan BSN Micro PEMERKASA iaitu merupakan satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro. 


Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tentang BSN Micro PEMERKASA ini, sila ikuti artikel yang pasukan Salam Kerjaya di bawah ini. 


MAKLUMAT PEMBIAYAAN


BSN Micro PEMERKASA menyediakan pembiayaan seperti berikut:

  • Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000
  • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
  • Kadar: 3% setahun 

JENIS SKIM PEMBIAYAAN

BSN menawarkan empat jenis skim pembiayaan seperti:
  • BSN Micro/i PEMERKASA
  • BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN
  • BSN Micro/i PEMERKASA-NITA
  • BSN Micro/i PEMERKASA BELIA

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan BSN Micro PEMERKASA dibuka untuk PKS yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak Covid-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan untuk buat permohonan pembiayaan BSN Micro PEMERKASA:
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen
  • Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / Semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika berkenaan)
  • Penyata akaun bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

CARA MEMOHON

PKS yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon sekarang dengan mengikuti langkah seperti berikut:
  1. Download borang permohonan yang disediakan di bawah.
  2. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke cawangan BSN berdekatan atau email ke alamat email yang disediakan di bawah. 

Post a Comment

0 Comments