5 Tips Kerjaya Yang Generasi Muda Boleh Jadikan Sebagai Panduan Dan Rujukan



Membina kerjaya yang stabil bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran dan baru memulakan kerjaya masing-masing.

Berikut dikongsikan 5 tips kepada generasi muda yang baru memulakan kerjaya.

1. CARI KEKUATAN ANDA & KEJAR MINAT ANDA


Ambil masa untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Gunakan kekuatan anda dalam bidang yang diminati dan baiki kelemahan anda agar tidak menjejaskan karier di kemudian hari.

pastikan juga kerjaya yang anda pilih berdasarkan apa yang anda minat kerana peluang untuk anda berjaya dalam bidang yang diminati adalah lebih tinggi berbanding kerjaya yang anda ceburi secara terpaksa.

2. CARI PENGALAMAN BARU DARI HARI PERTAMA


Belajar sesuatu yang baru dan luaskan lagi pengalaman anda. Walaupun anda berkemahiran dalam bidang 'editing' ataupun 'graphic designer', cuba untuk ambil inisiatif untuk tahu perkara berkaitan kewangan, operasi, ataupun sumber manusia.

3. AMBIL RISIKO


Jangan sesekali takut untuk ambil risiko pada usia yang muda. Kegagalan di usia muda akan membuat anda lebih kuat di masa hadapan.

Turun naik dalam kerjaya adalah perkara yang biasa. Apa yang penting anda belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih baik.

4. MASA DEPAN BERGANTUNG DENGAN PILIHAN ANDA


Setiap kerjaya yang anda pilih, anda sendiri yang akan menentukan ke mana hala tuju anda dalam kerjaya tersebut.

Syarikat, majikan, rakan sekerja tidak akan melakukannya untuk anda. sebaliknya, anda sendiri yang bertanggungjawab atas kerjaya sendiri.

5. LAKUKAN YANG TERBAIK DALAM SEMUA PERKARA


Anda perlu lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dibuat. Kena setiap yang anda lakukan pasti diperhatikan pihak atasan.Sekiranya anda memberi yang terbaik pastinya anda akan lebih dihargai.

Jika sudah terbiasa memberi yang terbaik dalam setiap tugasan. Anda tidak akan sesekali mempunyai masalah untuk menerima tugasan yang lebih besar dan rumit.

Setiap manusia ada kelemahan masing-masing kerana fitrah sebagai manusia biasa. Kita hanya dapat membaiki diri dari masa ke semasa. 

Semoga dengan artikel ini dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu kerja.

SUMBER: JOBKARTEL

Post a Comment

0 Comments