5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Temuduga








Panel penemuduga telah menyenaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh calon ketika ditemuduga.

Di sini kami akan kongsikan 5 kesalahan tersebut.

CALON TIDAK MENGIKUT ARAHAN


Majikan ataupun bahagian pengambilan kerja telah menetapkan untuk menghantar resume dan cover letter dalam bentuk PDF seperti yang di iklankan. Namun, ramai yang mengambil ringan dengan perkara ini dan 10% ke 30% sahaja yang patuh dengan arahan. Jika membuat permohonan sahaja sudah tidak mengikut arahan, apatah lagi jika diterima bekerja kelak?


CALON GAMBARKAN DIRI SEBAGAI TIDAK BERETIKA


Kebanyakan calon yang ditemuduga memberikan jawapan yang menunjukkan mereka tidak mempunyai etika kerja yang tidak baik. Contohnya, “Ceritakan pengalaman ketika anda diberikan tugasan yang banyak dan bagaimanakah anda kendalikannya?” dan jawapan yang diberikan oleh calon sangat mengejutkan: “Untuk pengetahuan tuan, rakan sekerja pernah saya meminta pertolongan saya untuk menyiapkan tugasannya. Dalam masa yang sama majikan meminta saya membantu rakan sekerja sebelum saya menyiapkan tugasan saya. Saya agak keberatan kerana tugasan saya juga masih lagi belum siap sepenuhnya.”


CALON MENIPU DALAM CV DAN RESUME


Ramai calon yang meletakkan kemahiran yang mereka tidak miliki dalam CV dan Resume. Apabila ditanya berkaitan kemahiran yang diletakkan dalam CV dan Resume, mereka tidak tahu menahu dengan kemahiran tersebut.


CALON TERLAMPAU YAKIN BAHAWA DIRI SANGAT SEMPURNA


Terdapat calon yang berpura-pura menyatakan bahawa mereka sempurna dalam melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah. Jika ditanya cara untuk menyelesaikan masalah dan menjawab mereka tidak pernah membuat masalah automatik panel penemuduga menganggap mereka adalah seorang penipu.


CALON MENGELAK DARI MENJAWAB SOALAN


Banyak calon yang mengelak daripada menjawab soalan apabila ditanya berkaitan kelemahan diri dan cuba menukar topik yang dibincangkan. Tidak ramai yang cuba untuk menjadi kreatif dengan memberika jawapan penyelesaian kepada kelemahan diri mereka.




SUMBER: kerjaya.co

Post a Comment

0 Comments