[RASMI] : Tarikh & Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 Untuk Peniaga Seluruh Malaysia


 

Untuk pegetahuan anda, semasa Belanjawan 2021 berlangsung, pihak kerajaan telah pun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan yang diberikan kepada para peniaga dan penjaja di negeri Sabah. 


Namun, disebabkan oleh pertambahan penularan kes wabak pandemik yang melibatkan kesemua negeri telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan ramai para peniaga. 


Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej bantuan Permai dan telah memperluas inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan para peniaga dan PKS di seluruh negara. Untuk mengetahui tarikh semakan dan bayaran GKP Tambahan ini sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. 


GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN


Pasti ramai para peniaga dan PKS yang sudah tidak sabar untuk mengetahui bilakah tarikh bayaran GKP Tambahan yang bernilai RM1,000 ini bukan? Sebelum anda tahu mengenai tarikh bilakah GKP Tambahan ini akan diberikan adalah lebih baik jika kita ketahui serba sedikit mengenai GKP Tambahan ini. 


Untuk pengetahuan anda, GKP Tambahan adalah merupakan bantuan tambahan secara one-off yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum anda diberikan bantuan GKP Tambahan ini:

  • Penerima yang lulus GKP 1.0
  • Penerima yang lulus GKP 2.0 
  • Pemohon rayuan GKP yang lulus

TARIKH SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman, semakan kelayakan GKP Tambahan boleh dilakukan bermula pada 24 Mac 2021 melalui pautan berikut: 
TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman, tarikh bayaran GKP Tambahan seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN adalah seperti berikut:
  • Tarikh Bayaran GKP Tambahan : 25 Mac 2021 (Khamis)



JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi GKP Tambahan yang akan diberikan secara one-off kepada mereka yang berkelayakan:
  • PKS Mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - RM1,000
  • PKS Mikro bagi lain-lain negeri - RM500

KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman, kaedah bayaran GKP Tambahan adalah sama seperti kaedah pelaksanaan bayaran GKP 1.0 dan 2.0 iaitu:
  • Akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Buat masa ini, tiada sebarang permohonan yang dibuka buat GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat kelayakan adalah automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang telah dinyatakan di atas. Para peniaga hanya perlu melakukan semakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Post a Comment

1 Comments