Bantuan Khas Kewangan Vaksin Covid-19 RM50,000 - RM500,000 Untuk Rakyat Malaysia - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, March 29, 2021

Bantuan Khas Kewangan Vaksin Covid-19 RM50,000 - RM500,000 Untuk Rakyat Malaysia


 

Untuk makluman, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan notis rasmi mengenai Bantuan Khas Kewangan Covid-19. 


Atas keperihatinan pihak kerajaan telah pun bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk Bantuan Khas Kewangan ini untuk mana-mana rakyat Malaysia dan rakyat asing yang mengambil suntikan imunisasi Covid-19 dan mendapat kesan sampingan yang serius setelah mereka melakukan suntikan. 


Melalui bantuan ini, ianya dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan ahli keluarga yang mungkin akan terjejas kelak. Selain itu, ianya juga merupakan sebagai satu langkah untuk meningkatkan keyakinan rakyat agar mengambil suntikan vaksin ini melalui Program Imunisi Covid-19 Kebangsaan. 


JUMLAH BANTUAN


Setiap penerima vaksin yang terjejas layak untuk menerima bantuan berikut mengikut kepada kesan sampingan yang dialami:

  1. RM50,000 setiap orang jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital
  2. RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin.

Pihak kerajaan juga turut menubuhkan tiga jawatankuasa di peringkat kementerian untuk memantau dan menilai isu ini dan penerima vaksin yang terkesan akan menerima bayaran yang dinyatakan oleh pihak NADMA.

Pihak kerajaan juga akan memberikan Bantuan e-Wallet RM150 untuk mereka yang layak. 







No comments:

Post a Comment