Bantuan i-Suri KWSP RM480 Setahun Untuk Golongan Suri Rumah 2021



Umum mengetahui bahawa suri rumah adalah merupakan golongan mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi 'bekerja' di dalam rumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Untuk pengetahuan anda, mereka ini tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan perbelanjaan rumah pada kebiasaannya akan diperolehi daripada hasil suami mereka yang keluar bekerja. 


Oleh itu, bagi menghargai jasa mereka pihak kerajaan telah bekerjasama dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka ataupun di hari tua nanti. 


Terdapat pelbagai faedah yang akan mereka perolehi melalui skim i-Suri KWSP ini antaranya ialah mereka akan dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. Semoga bermanfaat!


APA ITU i-SURI KWSP?


Untuk makluman, i-Suri KWSP adalah merupakan produk daripada KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada semua golongan suri rumah. 


Selain itu, i-Suri juga adalah bertujuan untuk membantu golongan wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Terdapat pelbagai faedah yang mereka bakal perolehi melalui pendaftaran i-Suri KWSP ini tertakluk kepada segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. 


MANFAAT i-SURI KWSP

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 setiap tahun.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh melakukan pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini, antaranya adalah seperti di bawah ini:


  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR) / Wanita (KIR).

CARA MEMOHON

Jika anda merupakan individu yang layak, anda boleh membuat permohonan atau pendaftaran ahli KWSP / i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan. 

Sila pastikan anda membawa dokumen berikut:


Post a Comment

0 Comments