TERKINI : Cara Mudah Mohon Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Beli Rumah PR1MA 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Saturday, February 13, 2021

TERKINI : Cara Mudah Mohon Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Beli Rumah PR1MA 2021



Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) adalah merupakan sebuah rancangan perumahan yang mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan sederhana atau golongan M40. Untuk pengetahuan anda, lokasi bagi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan. 


Jika anda nak tahu, sebenarnya para pencarum boleh untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari bagi mendapatkan rumah PR1MA pertama yang mereka idamkan. Permohonan untuk membeli rumah PR1MA melalui simpanan KWSP boleh dilakukan dengan mencapai umur sasaran. 


Sila ikuti perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan pembelian rumah PR1MA menggunakan simpanan KWSP. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 


SYARAT KELAYAKAN


Untuk makluman, hanya para pencarum dan ahli KWSP yang memenuhi syarat sahaja yang layak untuk melakukan permohonan pengeluaran simpanan KWSP untuk membeli rumah PR1MA. 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Pembeli rumah PR1MA
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah mejual/melepaskan hak milik harta

PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH PR1MA

Sebelum melakukan sebarang pengeluaran, sila pastikan bahawa anda telah membaca dan mengetahui segala info pengeluaran KWSP berikut:
  • Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan. 
  • Jika baki di dalam Akaun 2 kurang daripada jumlah bayaran bulanan yang diminta, pihak KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
  • Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam akaun 2 akan dihadang.
  • Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • Pihak KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan. 
  • Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda. 
  • Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55 tahun membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan. 

JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Untuk pengetahuan anda, jumlah pengeluaran simpanan KWSP untuk pembayaran rumah PR1MA adalah:
  • Ditentukan oleh ahli KWSP
  • Tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan
  • Sebahagian atau semua simpanan akaun 2 (minimum RM50)

CARA MEMOHON

Langkah 1

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar akaun di https://register.pr1ma.my/Account/Register dan memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri. 

Langkah 2 

Setelah selesai melakukan permohonan, sila tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan. 

Langkah 3

Hantar permohonan yang diluluskan untuk:
  • Hadangan Simpanan
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA
  • Penstrukturan semula
  • Pembatalan Hadangan

Langkah 4

Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP untuk pengeluaran

Langkah 5 

Pihak KWSP akan memberitahu anda apabila pengeluaran telah diluluskan (melalui SMS / Mesej keselamatan i-akaun)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pengeluaran simpanan KWSP bagi tujuan mendapatkan rumah PR1MA anda boleh klik DI SINI

No comments:

Post a Comment