Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 2021~ Mohon Sekarang!

Kepada semua penjaja dan peniaga di Pulau Pinang, anda boleh membuat semakan bagi pemberian Bantuan Khas Penjaja/Peniaga Pulau Pinang menerusi Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang berjumlah RM500 secara one-off oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bantuan ini diberikan untuk membantu mengurangkan sedikit beban kepada para penjaja dan peniaga yang tidak dapat menjalankan aktiviti mereka akibat daripada pelaksanaan PKP.
Semakan bantuan ini boleh dibuat bermula 25 Januari sehingga 28 Februari 2021 secara atas talian.

PAKEJ BANTUAN RAKYAT 3.0 PULAU PINANG

SENARAI PENJAJA/PENIAGA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN
- Peniaga dan penjaja yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Penjaja atau penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan / kedai persendirian (shop lot) yang berlesen dengan PBT.
- Penjaja atau penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.
- Perniagaan salun rambut atau gunting rambut yang berlesen dengan PBT.
- Perkhidmatan salun kecantikan dan spa yang berlesen dengan PBT.
- Perkhidmatan pusat rekleksologi yang berlesen dengan PBT.
- Peniaga atas talian yang berdaftar dan mempunyai permit dengan PBT.
CARA MEMBUAT SEMAKAN
- Buka laman web https://elesen.mbpp.gov.my/mppplic/query/info_query.jsp
- Isi nombor kad pengenalan dan nombor lesen.
- Tekan butang "SEMAK".
- Maklumat kelayakan akan dipaparkan.
- Jika layak, kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Kemudian tekan butang "HANTAR".
- Buka laman web http://bantuanrm500-covid.mbsp.gov.my/list.html
- Isi nombor kad pengenalan dan nombor rujukan lesen.
- Tekan butang "HANTAR".
- Maklumat penjaja atau peniaga berdaftar akan dipaparkan.
- Jika maklumat dipaparkan adalah betul, tekan butang "SAHKAN".
- Masukkan maklumat berikut (nama bank, no. akaun bank, no. telefon, dan emel).
- Tekan butang "HANTAR".
Post a Comment
0 Comments