i-Sinar KWSP Tanpa Syarat : Tarikh Semak Status Bayaran Bermula 8 Mac 2021 ~ Ini Yang Perlu Anda Ketahui


 

Berita baik buat anda semua yang merupakan pemohon i-Sinar KWSP kerana melalui pengunguman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang lalu akhirnya pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada berkongsi maklumat terkini tentang status kelulusan i-Sinar KWSP. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pengeluaran i-Sinar KWSP. 


KWSP MEMUDAHKAN KELULUSAN i-SINAR

  • Menurut pihak KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula pada 8 Mac 2021
  • Hal ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.
  • Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR DAN JADUAL PEMBAYARAN
  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Namun begitu, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

BILA TARIKH SESUAI UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN i-SINAR?

Pihak KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. 

Hal ini adalah bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk memproses segala permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar. 

KENYATAAN RASMI PIHAK KWSP BERKAITAN i-SINAR







MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848. Untuk sebarang pertanyaan umum, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Post a Comment

0 Comments