Cara Memohon Salinan & Terjemahan Sijil Peperiksaan PMR, SPM Dan Lain-lain!

Sijil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan lain-lain lagi adalah amat penting dalam mengisi borang pekerjaan atau untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jika hilang, amat sukar untuk anda membuktikan dan menunjukkan pencapaian anda.


Untuk anda yang kehilangan atau tercicir sijil keputusan PMR, SPM dan lain-lain lagi, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Perkhidmatan ini telah dibuka atas talian sejak 1 Februari 2021.


CARA MEMOHON SALINAN KEPUTUSAN DAN TERJEMAHAN

Berikut dikongsikan cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan.

  • Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  • Klik bahagian Perkhidmatan.
  • Pilih Salinan Keputusan.
  • Kemudian anda boleh pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  • Kemudian isi No. Kad Pengenalan anda. 
  • klik Papar Borang Permohonan.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan 
  • klik MOHON.
  • Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di laman utama.

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.


TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN DAN TERJEMAHAN

Berikut dikongsikan tempoh pengeluaran salinan pernyataan dan terjemahan setiap sijil.

  • SPM pada atau selepas tahun 1994 - satu (1) jam.
  • SPM pada atau sebelum tahun 1993 - tujuh (7) hari masa bekerja.
  • PMR pada atau selepas tahun 1998 - satu (1) jam.
  • PMR pada atau sebelum tahun 1997 - tujuh (7) hari masa bekerja.
  • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) - tujuh (7) hari masa bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan 


Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Post a Comment

0 Comments