Bantuan Persekolahan RM200 Dari MEDAC Untuk Keluarga B40 Bermula Mac 2021



Berita baik buat anda kerana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk disumbangkan kepada para pelajar dari keluarga golongan B40 yang bakal menghadiri pembukaan semula sekolah yang bermula pada 4 Mac 2021 ini. 


Peruntukan tersebut dikatakan turut disumbangkan kepada golongan miskin yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku pada awal Januari lalu. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bentuan persekolahan MEDAC. 


KADAR BANTUAN


Para pelajar dari golongan keluarga B40 yang layak akan menerima bantuan ini yang berjumlah:

  • RM200 secara one-off setiap orang

Untuk pengetahuan anda, pemberian bantuan tersebut merangkumi pembelian baju, kasut dan beg sekolah. 

GOLONGAN PELAJAR YANG TERLIBAT
  • 1,000 orang pelajar di sekitar kawasan Sarawak sempena dengan Program Kembali ke Sekolah YBR
  • Keluarga yang dikenal pasti terkesan akibat kemusnahan dan kerosakan harta benda daripada musibah banjir
  • 500 keluarga mangsa banjir di sekitar Sarawak

Peruntukan sebanyak RM100,000 lagi akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara. 

Menerusi sumbangan ini juga diharapkan agar dapat membantu serba sedikit meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam sesi persekolahan kelak. 

Diharapkan agar lebih banyak entiti korporat dan organisasi lain untuk turut sama dalam membantu memberikan bantuan-bantuan sebegini. Hal ini sekaligus membuktikan syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan. 



Post a Comment

0 Comments