SELANGOR KERJAYA 2021: Pendaftaran Pekerjaan Dan Permohonan Online

Khusus untuk warga Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu pengangguran dalam jangka masa dekat ataupun panjang. Program ini dijangka menyediakan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran tenaga kerja dalam tempoh tiga tahun.

SELANGOR KERJAYA

Selangor Kerjaya merupakan inisiatif yang telah dilancarkan pada 26 Januari 2021 oleh Menteri Besar Selangor yang bertujuan untuk menyediakan platform pencarian kerja untuk rakyat Malaysia khususnya warga Selangor.
Pelbagai peluang pekerjaan bakal disediakan di platform ini dan padanan dibuat berdasarkan resume yang dimuat naik dengan majikan yang sedang mencari pekerja.

CARA PENDAFTARAN SELANGOR KERJAYA 2021

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftarkan diri dalam portal Selangor Kerjaya bagi majikan dan pencari kerja:-

Untuk majikan yang ingin membuka peluang pekerjaan:-

Bagi pencari kerja pula.
  • Buka portal Selangor Kerjaya di https://www.selangorkerjaya.com.my/
  • Kemudian tekan butang "DAFTAR SEKARANG".
  • Isi maklumat yang disedikan.
  • Buat pengesahan dan tekan butang "SUBMIT".

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam mendaftar Selangor Kerjaya, anda boleh menghubungi melalui emel di info@selangorkerjaya.com.my atau di talian +60127175774.

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments