[RASMI] : Cara Memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Berjumlah Sebanyak RM450 ~ Mohon Sekarang!



Berita baik buat anda semua yang merupakan rakyat negeri Sarawak kerana Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah sebanyak RM450 bagi setiap para ibu yang melahirkan anak bermula pada Januari 2021 telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam Pembentangan Belanjawan Negeri 2020. Untuk makluman, bantuan ini juga masih diteruskan sehinggalah tahun 2021.


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan untuk anda ketahui segala maklumat lanjut berkaitan dengan syarat kelayakan dan borang permohonan bantuan.


BANTUAN IBU BERSALIN (BIB) SARAWAK


Untuk pengetahuan anda semua, Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini adalah dikhaskan buat rakyat Sarawak yang memenuhi segala syarat kelayakan sebagai bantuan untuk penjagaan selepas bersalin. BIB juga boleh dipohon oleh anak jati Sarawak yang berada di luar negeri seperti mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan. 


TEMPOH MELAKUKAN PERMOHONAN


Untuk makluman, bagi ibu mengandung yang mencapai usia kandungan 22 minggu sudah boleh untuk melakukan permohonan BIB ini. Tempoh terakhir untuk melakukan permohonan bantuan ini ialah pada tempoh tiga bulan selepas melahirkan anak. Tempoh ini adalah merupakan tempoh yang paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk tiga bulan sahaja dan bukannya sepanjang tahun. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus 'K' atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus 'K' (Sarwak Connection) 
  • Melahirkan bayi di dalam atau luar Sarawak dan;
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin

CARA MEMOHON 

Permohonan boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu:
  • Secara online melalui Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2021 - klik DI SINI
  • Secara manual melalui Borang Permohonan

Untuk borang manual, anda boleh dapatkan dengan hadirkan diri dan pergi ke pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK

Jika pemohon telah memohon menggunakan borang manual, pemohon adalah TIDAK PERLU memohon kali kedua melalui online. Pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan yang dilakukan jika terdapat permohonan kali kedua atau permohonan banyak kali dilakukan. 

Pastikan pemohon telah bersalin dan mempunyai dokumen seperti NOTA DISCAJ atau SIJIL LAHIR BAYI sebelum memohon secara online. 

Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap dan palsu, pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan yang dilakukan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini, anda boleh terus ajukan melalui email insentif.ibubersalin@gmail.com atau hubungi talian 082-311340 / 082-311718. Berikut adalah alamat surat menyurat yang menguruskan bantuan ini: 

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK) 
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya 
93050 Kuching, Sarawak

Post a Comment

0 Comments