Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 Kini Dibuka - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, January 25, 2021

Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 Kini Dibuka


 

Untuk pengetahuan anda, Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 MAIWP akan mula dibuka bermula pada 21 Januari hingga 26 Februari 2021. Permohonan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia dan tertakluk kepada syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh MAIWP. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. 


APA ITU BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL 2021?


Untuk makluman, skim ini adalah merupakan skim yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan tujuan untuk membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pelajaran. 


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia

2. Beragama Islam

3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan 

4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah. Kira kelayakan Had al-Kifayah DI SINI


DOKUMEN DIPERLUKAN


1. Borang Permohonan - klik DI SINI

2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan) 

3. Satu salinan kad pengenalan:

    - Pemohon

    - Suami 

    - Isteri

    - Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendafaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh surat akuan sumpah penjagaan - klik DI SINI)

4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO. Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh surat akuan sumpah pendapatan - klik DI SINI)

5. Bagi di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan tandatangan serta pengesahan pendapatan suami isteri daripada ketua kampung. 

6. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah. 

7. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami. 


LAIN-LAIN DOKUMEN (JIKA BERKAITAN)

  1. Keluarga Bercerai : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  2. Ahli Keluarga Telah Meninggal Dunia : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  3. Saudara Baru : Satu salinan kad memeluk islam.
  4. Orang Kelainan Upaya : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU)
  5. Penghidap Sakit Kronik : Surat pengesahan sakit kronik daripada hospital kerajaan sahaja.
  6. Sedang Mengikuti Pengajian Di IPT : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. 
  7. Keluarga Bermasalah : Satu salinan laporan polis / surat penjara.
  8. Muflis : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. 


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. 


No comments:

Post a Comment