Jadual Bayaran Bantuan JKM Sepanjang Tahun 2021 Yang Wajib Anda Ketahui - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, January 14, 2021

Jadual Bayaran Bantuan JKM Sepanjang Tahun 2021 Yang Wajib Anda Ketahui


 

Berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini, pelbagai pihak seperti kementerian dan jabatan mula memberikan serta menyediakan pelbagai skim bantuan serta pakej ransangan ekonomi seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), i-Sinar KWSP, i-Lestari KWSP, Bantuan JKM dan sebagainya. 


Untuk makluman, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat juga turut menawarkan dan memperkenalkan pelbagai skim bantuan seperti Bantuan JKM Kanak-Kanak, Bantuan JKM Orang Tua, Bantuan Am Persekutuan & Negeri, Bantuan OKU dan pelbagai lagi bantuan yang lain. \


Bagi para penerima bantuan JKM, anda pasti tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun anda bukan? Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan untuk mengetahui segala maklumat lanjut berkaitan dengan tarikh daan jadual penuh pembayaran Bantuan JKM sepanjang tempoh 2021. 


JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN JKM 2021


Berikut adalah merupakan tarikh dan jadual pembayaran bantuan bulanan bagi skim BOT, BTB, EPC, BKK, BPT untuk tahun 2021: 



CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN JKM

  1. Sila layari http://www.jkm.gov.my/ untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
  2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
  3. Jika bayaran telah dikreditkan, anda boleh pergi ke bank untuk mengambil duit bantuan

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN
  • Salinan MyKad / Kad pengenalan pemohon
  • Salinan MyKad / Kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / telefon / elektrik / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
**Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan semakan status permohonan bantuan JKM:
  • Sila log masuk ke laman web rasmi eBantuan JKM
  • Tekan butang "Semakan Status Semakan Atas Talian"
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang semak
  • Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000

Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment