Cara Semak Status Permohonan & Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Bermula Januari 2021 Yang Perlu Anda Ketahui - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, January 6, 2021

Cara Semak Status Permohonan & Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Bermula Januari 2021 Yang Perlu Anda Ketahui



Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan berkenaan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua bakal dilakukan pada Januari 2021. 


Menurut beliau, bayaran tersebut juga akan dilakukan bersama dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus. Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 yang lalu. 


Untuk setakat ini, pembayaran fasa pertama berjumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima yang mana merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40. 


Selain itu, manakala bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank pula, wang akan disalurkan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 26 Oktober 2020. 


CARA SEMAKAN


Untuk melakukan semakan kelulusan BPN 2.0 bagi mereka yang telah membuat rayuan, anda boleh melakukannya di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Sila ikuti langkah yang telah pasukan SalamKerjaya telah sediakan di bawah ini:

  1. Sila layari laman web rasmi BPN - klik DI SINI
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Isikan kod captcha yang diminta
  4. Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

JUMLAH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, jumlah bayaran BPN 2.0 yang bakal diterima adalah berdasarkan kepada kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah ini:


Untuk permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan akan dibayar secara sekaligus. 

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Bagi BPN Fasa 2, pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung Januari selepas sahaja selesai pembayaran pengeluaran i-Sinar KWSP pada pertengahan bulan ini. 

Sebarang info dan maklumat akan dikemaskini oleh pasukan SalamKerjaya. 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan semakan BPN, sila hubungi talian Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM seperti di bawah ini:

  • Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • LHDNM : 1-800 882 747 / 03-8911 1000

No comments:

Post a Comment