[RASMI]: BPN 2.0: Semakan Status, Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bermula 21 Januari 2021


Merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 berhubungan dengan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP), Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan.

Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu.

Semakan Kelulusan BPN 2.0 

Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu di https://bpn.hasil.gov.my

Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:




BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Inisiatif BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. 

Bayaran fasa kedua BPN2.0 ini akan disalurkan dengan pecahan seperti berikut:



Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 billion setakat ini.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua



Post a Comment

0 Comments