Bantuan Laptop & Internet Percuma Untuk Golongan B40 Tahun 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, January 21, 2021

Bantuan Laptop & Internet Percuma Untuk Golongan B40 Tahun 2021



Untuk makluman anda, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop dan Internet Percuma untuk pelajar B40 pada 30 Oktober yang lepas. 

Ianya adalah merupakan sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan para pelajar untuk terpaksa meneruskan sesi pembelajaran daripada rumah secara online. 

Bantuan Laptop dan Data Percuma ini adalah disasarkn untuk semua para pelajar yang datang daripada golongan keluarga B40 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Diharapkan dengan adanya bantuan ini, para pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran daripada rumah dengan lebih selesa dan sempurna. 

CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA 

Bagi pengetahuan anda, untuk bantuan ini para pelajar juga tidak perlu untuk melakukan permohonan. Pihak Universiti yang akan menghubungi para pelajar yang layak. 

Untuk para pelajar yang layak, mereka bakal menerima komputer riba secara percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi para pelajar yang memperolehi laptop. 

Para pelajar akan menerima bantuan ini secara berperingkat bermula pada November 2020. 

CARA MEMOHON BANTUAN PELAN DATA 

Untuk bantuan pelan data percuma ini pula, para pelajar B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak HEP akan menghubungi para pelajar tersebut berdasarkan kelayakan atau para pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing. 

Bagi yang layak, anda bakal menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, terdapat juga pihak universiti yang memberikan secara terus dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun anda). 

CARA MEMOHON PAKEJ DATA PELAJAR 

Jika anda menginginkan harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus pergi kedai telco Celcom, Maxis ataupun Digi di kawasan yang berhampiran dengan anda dengan mengemukakan kad pengenalan dan id kad pelajar. 

CELCOM



MAXIS



DIGI



2 comments: